Bekam & Terapi Ikhlas

Bekam & Terapi Ikhlas

Monday, March 6, 2017

"Kenapa perlu bersihkan salur darah?"

Kenapa kita perlu bersihkan darah?

Apa jua yang terlarut dalam darah kita selain dari apa yang sepatutnya mengikut keperluan sebenar badan kita haruslah dikeluarkan dengan kadar segera. Banyak pendekatan yang boleh kita ambil samada buat senaman,Berbekam, riadah atau makan penawar dibawah.

Segala usaha adalah menjadi wajib kerana menjadi tanggung-jawab kita menjaga amanah yang diberikan kepada kita untuk menjaga badan kita yang dipinjamkan ini. Jangan biarkan sampai sesiapa jua merosakkannya dengan membuang sebahagian daripada komponannya sesuka hati. Satu masa kita akan pulangkannya kepada yang berhak. Sampai hatikah kita kembalikan barang yang dipinjamkan kepada kita dalam keadaan rosak atau tidak normal lagi?

Darah yang bersih akan dapat melahirkan badan yang sihat, organ yang cergas, minda yang sempurna, jiwa yang tenang, hati yang baik dan akan mengalir zikrullah bersama oksigen disegenap urat saraf kita sehingga ke saraf paling halus sekalipun, insya-Allah.

Kepentingan darah bersih kepada organ dan sistem badan

Darah yang bersih akan dipam berulang-alik masuk dan keluar kepada setiap organ badan, segaligus mempengaruhi sistem badan, sistem imun, antibodi, sistem saraf, hormon dan sebagaiya. Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik kita sangat-sangat memerlukan darah yang bersih dengan kandungan oksijan dan zat yang diperlukan secukupnya serta mempunyai kadar kecairan yang sesuai.

Darah yang pekat dan kotor akan menjejaskan semua sistem, sekaligus akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang berkait dengan darah, saraf, organ dan lain-lain.

Jika anda ingin membersihkan darah anda dengan kaedah bekam, boleh hubungi kami di 019.260.9556

Bekam Ikhlas
Bersih. Selamat. Sihat.

No comments:

Post a Comment

"TARIKH AFDAL JAMADILAKHIR 1438 / MAC 2017"

Assalamualaikum, Berkongsi tarikh yg terbaik untuk berbekam berpandukan hadis Rasullullah SAW. TARIKH AFDAL/TERBAIK BERBEKAM PADA BULA...