Bekam & Terapi Ikhlas

Bekam & Terapi Ikhlas

Tuesday, March 7, 2017

"DARAH KOTOR - 2"

DARAH KOTOR

SAMBUNGAN # BAB2

DARAH KOTOR BOLEH SEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK!

Punca lain yang sangat bahaya sebabkan darah kotor:

Kini terdapat berbagai-bagai jenis ubatan moden yang berada dipasaran yang diproses berasaskan dadah. Ianya sangat popular sebab ianya cepat bertindak, mudah didapati dan kebanyakannya lulus untuk dijual. Samada kita sedar atau tidak sedar ianya jadi terpaksa dan sangat digemari dalam masyarakat moden harini.

Sejenis dadah yang dipanggil Steroid adalah menjadi pilihan utama dalam ubatan moden kerana ianya sangat berkesan dalam mengaktifkan sesuatu unsur (bahan-bahan kandungan ubat moden). Steroid sangat merbahaya sekiranya ia terlalu banyak dan lama berada dalam badan kita dipercayai boleh mereputkan tulang.

Kebanyakan dadah atau bahan kimia proses yang digunakan dalam ubatan tadi akan mewujudkan ketagihan dan membuatkan kita terlalu bergantung padanya. Amalan yang berterusan akan menyebabkan darah kita menjadi pekat dan kotor, seterusnya akan mengakibatkan berbagai penyakit sampingan yang sangat bahaya terutama barah yang sangat popular sekarang ni.

Dadah menjadi perangsang minda, mehilangkan rasa sakit juga alat penenang ketika kita sedang dilanda kesakitan. Dikala itu kita akan jadi khayal dan kemungkinan besar kita akan lupa diri, lupa juga pada Yang Maha Berkuasa, nauzubillah-himinzalikh.

Darah yang kotor akan menghalang zikrullah mengalir dalam darah kita menyebabkan kita jadi alpa kepada Yang Maha Pencipta. Tidak hairanlah kalau disaat-saat akhir kehidupan, terutama yang terlantar di wad, kita dapati ada diantaranya akan jadi malas untuk solat, zikrullah dan hilang kepergantungan kita kepada Yang Maha Esa.

BEKAM IKHLAS
BERSIH. SELAMAT. SIHAT.

No comments:

Post a Comment

"TARIKH AFDAL JAMADILAKHIR 1438 / MAC 2017"

Assalamualaikum, Berkongsi tarikh yg terbaik untuk berbekam berpandukan hadis Rasullullah SAW. TARIKH AFDAL/TERBAIK BERBEKAM PADA BULA...