Bekam & Terapi Ikhlas

Bekam & Terapi Ikhlas

Monday, March 13, 2017

"TARIKH AFDAL JAMADILAKHIR 1438 / MAC 2017"

Assalamualaikum,
Berkongsi tarikh yg terbaik untuk berbekam berpandukan hadis Rasullullah SAW.

TARIKH AFDAL/TERBAIK BERBEKAM PADA BULAN JAMADILAKHIR 1438 / MAC 2017
17 JamadilAkhir - 16/3 @ Khamis
19 JamadilAkhir - 18/3 @ Sabtu
21 JamadilAkhir - 20/3 @ Isnin
Baginda Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, II/732)
.
.
Berminat untuk tempah slot anda? boleh wassap :
019.260.9556

https://www.facebook.com/fanbekamikhlas/

Tempat terhad 😊

"FAKTA TENTANG KAPILARI & BEKAM"

FAKTA TENTANG SALURAN DARAH KAPILARI DAN MEKANISMENYA YANG DINAMIK DAN KAITANNYA DENGAN BEKAM

ANATOMI.
Kapilari merupakan saluran darah yang menghubungkan antara saluran darah arteri dan vena.. Perlu diketahui bahawa kapilari menyumbangkan 90% daripada jumlah panjang saluran darah manusia iaitu 90,000km !!!
Keluasan keseluruhan kapilari adalah bersamaan dengan 3 buah gelanggang tenis.

20% daripada jumlah darah didalam badan manusia adalah berada didalam saluran kapilari ini iaitu dibawah permukaan kulit. ( 5% semasa dalam keadaan rehat )
Dianggarkan bahawa badan kita mempunyai sebanyak 10 billion
Tidak seperti salur darah arteri dan vena.
Kapilari tidak ada saraf, dan tidak ada otot licin.Kapilari hanya berdiameter antara 5 hingga 8µm ( lebih kecil daripada sehelai rambut kita ).Dengan saiznya yang begitu kecil, hanya satu sel darah merah sahaja yang mampu melaluinya untuk satu satu masa.Dinding endothelium nya yang nipis dan licin ini membantu proses filtrasi air dan bahan larut didalam plasma.

SISTEM DINAMIK KAPILARI
Untuk memahami sistem yang dinamik didalam kapilari, kita perlu tahu tentang dua tekanan yang memainkan peranan iaitu tekanan onkotik dan tekanan hidrostatik.
Tekanan onkotik ialah salah satu bentuk tekanan osmosis.Tekanan ini dihasilkan oleh protein didalam plasma darah yang cenderung untuk menarik air kedalam saluran darah.
Jika berlaku kehilangan protein didalam plasma darah seperti proteinuria atau kes malnutrisi yang teruk, tekanan onkotik akan berkurangan dan menyebabkan kurangnya air akan diserap kedalam kapilari.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pengumpulan cecair didalam tisu (edema)

Tekanan hidrostatik ialah tekanan yang dihasilkan akibat daripada pengepaman jantung.Tekanan ini menyebabkan filtrasi keluar daripada kapilari berlaku apabila tekanan hidrostatik melebihi tekana onkotik kapilari.

Filtrasi : Tekanan hidrostatik > Tekanan Onkotik
Secara amnya, tekanan yang berlaku adalah seperti berikut:
Tekanan hidrostatik di penghujung arteri kapilari : 33mmHg
Tekanan hidrostatik di penghujung vena kapilari : 13mmHg
Tekanan onkotik kapilari .
APA YANG BERLAKU SEMASA PROSES BERBEKAM MENGIKUT KAJIAN SAINTIFIK
Kita tahu bahawa tekanan hidrostatik pada bahagian penghujung arteri kapilari ialah 33mmHg manakala tekanan hidrostatiknya semakin berkurang di penghujung vena kapilari iaitu 13mmHg.Dan tekanan onkotik pada sepanjang bahagian kapilari pula ialah 20mmHg

Ini menyebabkan berlaku :
1.Proses filtrasi dibahagian penghujung arteri kapilari iaitu 13mmHg keluar ke bahagian tisu
( tekanan hidrostatik 33mmHg – tekanan osmotik 20mmHg )

2.Tiada sebarang filtrasi sepanjang kapilari

3. Tekanan hidrostatik kedalam penghujung vena kapilari iaitu 7mmHg
( 20mmHg tekanan onkotik – 13mmHg tekanan hidrostatik )

4. Apa yang berlaku semasa proses bekam dibuat ialah ,satu tekanan negatif telah diwujudkan didalam ruang cawan bekam tersebut iaitu sekitar -150mmHg hinggalah -420mmHg.Tekanan negatif ini sememangnya cukup kuat kerana ia mampu menolak air sejauh 2 meter hingga 6 meter.

5. Dan tekanan negatif ini telah memberi kesan kepada tekanan hidrostatik pada penghujung arteri kapilari dan juga pada penghujung vena kapilari dimana berlaku filtrasi keluar lebih tinggi pada bahagian hujung kapilari arteri ( 163mmHg -433mmHg ) dan juga filtrasi keluar pada penghujung vena kapilari iaitu ( 143mmHg – 413mmHg )…

Hasil daripada tindakan ini berlakulah pengeluaran darah yang mengandungi toksin dan bahan penyebab kesan patologi ( zat besi, ferritin dan juga sel sel darah merah yang telah rosak. )
KEPENTINGAN KAPILARI UNTUK PROSES DETOKSIFIKASI
Seperti yang kita ketahui, kapilari amat penting kerana disinilah sel sel badan mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

Disini juga berlaku dimana sel sel badan mengeluarkan toksin dan menyingkirkannya kedalam kapilari sebelum diangkut ke organ organ detoks seperti hati dan buah pinggang untuk proses detoksifikasi.
Badan kita menyimpan toksin lebihan didalam tisu lemak, tisu otot dan juga tisu tulang.Semasa kita bersenam, tisu tisu ini akan melepakan toksin tersebut kedalam kapilari.

Yang akan menjadi masalah ialah apabila badan kita mengandungi toksin yang terlalu banyak dan tidak dapat dibuang melalui kapilari disebabkan aliran darah tidak mencukupi ke kapilari dan toksin tidak dapat dibuang dengan efisien

Disinilah dimana proses berbekam dapat membantu mengeluarkan lebihan toksin tersebut melalui kulit.

Friday, March 10, 2017

"SEJAK BILA BEKAM DI ANGGAP SUNNAH??"

Pada asalnya bekam secara hukum fighiyyah bukan termasuk sunnah fi’liyyah Nabi SAW. Bekam masuk kedalam kategori perkara keduniaan. Hal ini mirip dengan perbuatan Nabi SAW bahwa beliau tidur, minum, berjalan dan semisalnya dari perkara yang mubah. Dalam sebagian madzhab, perkara yang mubah bukan termasuk hukum  taklif (hukum yang dibebankan lantaran dituntut untuk dikerjakan, entah dengan perintah yang tegas atau tidak). Tidak boleh dikatakan ini sunnah atau wajib, kerana pada asalnya seseorang berbekam mencari kesembuhan, bukan semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Syaikh Ibnu Utsaimin rah.a berkata, “Apa saja yang bukan termasuk qurbah (ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah), maka perbuatan ini tidak dibawa kedalam perbuatan yang hukumnya wajib ataupun sunnah, meski perbuatan ini ada kemungkinan hukumnya wajib atau sunnah. Akan tetapi jika memiliki kemungkinan masuk kedalam perkara mubah,maka hukum perbuatan ini dibawa kepada perkara yang mubah,karena pada asalnya tidak ada pembebanan kecuali ada dalilnya.

Adapun sifat-sifat bekam seperti berbekam pada tanggal 17,19,21,berbekam pada malam hari karena berpuasa atau berbekam karena bergolaknya darah, bukan mubah. Adapun secara ilmu hadist bekam adalah sunnah Nabi. Oleh sebab itu Syaikh DR. Muhammad Musa Alu Nasr dalam muqaddimah Manhajus Salamah fima Warada fil Hijamah mengatakan bekam adalah termasuk sunnah Nabi, beliau mengatakan:

“Kutulis buku ini (Manhajus Salamah) sebagai upaya mengingatkan diri saya sendiri dan mengingatkan saudara saudara kami di bumi belahan timur dan barat untuk menghidupkan sunnah (bekam) yang telah ditinggalkan ini. (Itulah) sebuah sunnah yang telah diperintahkan kepada Rasulullah SAW tatkala beliau berada di al-Mala’ul A’la (langit yang tinggi ). Dan Rasulullah SAW telah memberikan wasiat kepada umatnya agar berbekam tatkala beliau bersabda:
“Sungguh seideal-idealnya pengobatan (dalam riwayat lain dengan lafazh: yang paling utama) untuk kalian lakukan adalah bekam.”

Ibnu Hajar dalam al-Fath berkata,”Hadist ini mengandung pensyariatan bekam dan anjuran untuk menggunakannya, lebih-lebih bagi orang yang membutuhkannya.”

Jadi kesimpulannya, hukum asal bekam adalah mubah. Adapun sifat bekam dan tata caranya sebagaimana yang ditunjukkan Nabi adalah sunnah.

Wallahu alam.

Adapun apakah bekam termasuk ath-Thibbun Nabawi atau bukan, maka jawabannya adalah masuk dalam koridor ath-Thibbun Nabawi, karena banyak praktik dari Nabi sendiri yang menunjukkan perkara ini. Wallahu a’lam 😊

Tuesday, March 7, 2017

"DARAH KOTOR - 2"

DARAH KOTOR

SAMBUNGAN # BAB2

DARAH KOTOR BOLEH SEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK!

Punca lain yang sangat bahaya sebabkan darah kotor:

Kini terdapat berbagai-bagai jenis ubatan moden yang berada dipasaran yang diproses berasaskan dadah. Ianya sangat popular sebab ianya cepat bertindak, mudah didapati dan kebanyakannya lulus untuk dijual. Samada kita sedar atau tidak sedar ianya jadi terpaksa dan sangat digemari dalam masyarakat moden harini.

Sejenis dadah yang dipanggil Steroid adalah menjadi pilihan utama dalam ubatan moden kerana ianya sangat berkesan dalam mengaktifkan sesuatu unsur (bahan-bahan kandungan ubat moden). Steroid sangat merbahaya sekiranya ia terlalu banyak dan lama berada dalam badan kita dipercayai boleh mereputkan tulang.

Kebanyakan dadah atau bahan kimia proses yang digunakan dalam ubatan tadi akan mewujudkan ketagihan dan membuatkan kita terlalu bergantung padanya. Amalan yang berterusan akan menyebabkan darah kita menjadi pekat dan kotor, seterusnya akan mengakibatkan berbagai penyakit sampingan yang sangat bahaya terutama barah yang sangat popular sekarang ni.

Dadah menjadi perangsang minda, mehilangkan rasa sakit juga alat penenang ketika kita sedang dilanda kesakitan. Dikala itu kita akan jadi khayal dan kemungkinan besar kita akan lupa diri, lupa juga pada Yang Maha Berkuasa, nauzubillah-himinzalikh.

Darah yang kotor akan menghalang zikrullah mengalir dalam darah kita menyebabkan kita jadi alpa kepada Yang Maha Pencipta. Tidak hairanlah kalau disaat-saat akhir kehidupan, terutama yang terlantar di wad, kita dapati ada diantaranya akan jadi malas untuk solat, zikrullah dan hilang kepergantungan kita kepada Yang Maha Esa.

BEKAM IKHLAS
BERSIH. SELAMAT. SIHAT.

"DARAH KOTOR - 1"

DARAH KOTOR!

Darah kotor boleh menyebabkan pelbagai penyakit ANTARANYA penyakit gatal-gatal dan jerawat..

Dengan berbekam boleh membantu membuang darah-darah yang kotor di permukaan kulit..

Dan Bekam adalah salah satu kaedah untuk membuang darah kotor.

BAB 1

Kenapa darah kita jadi kotor?

Kejadian darah kotor, pekat atau bertoksid memang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Perkara begini sudah menjadi lumrah dan sentiasa bermain dalam pemikiran serta seringkali menjadi topik perbualan harian kita. Apakah kita redha darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid? Jawabnya tentu sekali kita tidak redha dan timbul rasa takut atau cemas. Mengikut kelazimannya bila darah kita sudah tidak normal lagi maka berbagai-bagai penyakit akan menyerang kita. Kenapa darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid?

Punca yang biasa kita ketahui:

Pemakanan tidak seimbang, berkolestrol tinggi, terlampau manis, masin atau masam selalunya akan mengganggu sistem pencernaan badan kita. Bahan-bahan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan kita bila ianya tidak dinyahkeluarkan dengan sempurna. Kebanyakan makanan pula mengandungi pengawet, penaik, perisa tambahan, perasa dan pewarna tiruan akan larut dalam darah sebagai toksid yang akan menyebabkan darah menjadi pekat dan kita istilahkan ianya sebagai "Darah Kotor".

BERSAMBUNG...

Monday, March 6, 2017

"TITIK MERIDIAN"

Titik Meridien,
Antara point yang jadi rujukan jurubekam bilamana nak membekam selain point akupuntur dan titik bekam sunnah.

Macamana titik meridian ni membantu proses penyembuhan?

Proses penyembuhan terjadi bila titik meridian tadi dibekam dan secara langsung berkerja pada sistem endokrin, metabolisme dan peningkatan sistem immune. Dan bila dibekam pada titik meridian tadi akan terjadinya pelepasan zat neurokimia macam endorphin yg boleh mengurangkan sakit. Sakit akan hilang disertai dgn peningkatan oksigen dan aliran darah dari titik yg dibekam tadi.
Ini menyebabkan otot jadi rileks dan menjadi lebih sihat.

Boleh rujuk pakar. Jika penjelasan ni susah nak difahami.

BEKAM IKHLAS
BERSIH. SELAMAT. SIHAT.

"MADU, BEKAM, KAY"

Dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas, Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda:

"Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu minum Madu, Melakukan Hijamah (Bekam) dan Kay. Namun aku melarang umatku melakukan Kay"

Kay ialah cara pengubatan dengan membakar kulit menggunakan sepotong besi atau sejenisnya yang dipanaskan.

Meskipun dengan kaedah Kay terdapat kesembuhan untuk sesetengah penyakit, terdapat sebahagian ahli perawat islam menyatakan yang atas sebab ianya mendatangkan juga kemudaratan seperti kecederaan pada kulit, maka itu Rasullullah SAW melarangnya. Namun, kebanyakan ulama menyatakan yang ianya tidak jatuh hukum Haram.

Hari ini ramai yang tidak begitu tahu tentang kaedah Kay. Lazimnya, selepas berbekam perawat @ Jurubekam akan mencadangkan untuk pesakit mengamalkan meminum madu. Dan gabungan kedua-dua ini sememang sangat baik. Ibarat merawat luar dan dalam. Dan juga boleh ditambah dengan herba yang lain seperti Habatussauda.

BEKAM IKHLAS
BEKAM SUNNAH
BERSIH. SELAMAT. SIHAT.

Untuk tempahan slot Bekam, call @ whatsapp 019.260.9556

"TARIKH AFDAL JAMADILAKHIR 1438 / MAC 2017"

Assalamualaikum, Berkongsi tarikh yg terbaik untuk berbekam berpandukan hadis Rasullullah SAW. TARIKH AFDAL/TERBAIK BERBEKAM PADA BULA...